Friday, 3 June 2011

5- gosip.

manusia. berbagai ragam. aku juga tidak terkecuali. ada yang baik. ada yang jahat. ada yang kejam. ada yang sadis. manusia suka bermuka-muka. 


pada mulanya mereka berkata dengan nada sinikal apabila aku meluahkan perasaan pada entry aku. aku tidak merasakan ianya luahan perasaan. aku rasa ianya metafora. aku cuma menulis perkara yang betul. tiada yang salah. mungkin 3- gosip dunia. mamat gay. entry yang agak keterlaluan. maaf.


tapi itu bukan  perkara pokoknya. apa yang penting di sini ialah sebuah kejujuran. identiti? itu tidak berapa penting sangat. sebab itu ianya dinamakan gosip. aku hanya mampu terhenggut-henggut ketawa apabila cepat sahaja blogger-blogger memberikan komentar mereka.


mereka tidak membaca entry-entry terdahulu. ada yang memberikan komentar pada entry 4- berbagai-bagai ragam.


typical. mencari trafik dengan menghentam blogger-blogger lain.


telah aku nyatakan dalam entry 2- blogger berlagak - ini entry memperingati dan entry gosip. aku bukan mencari trafik ataupun lubuk emas ataupun duit. mari kita saling memperingati semua. jangan panggil seseorang itu anjing jikalau diri sendiri pun tidak terjaga.


duit? jangan berhutang. 


hinaan? jangan sesekali.


tatabahasa? sila jaga.


lubang arnab? jangan masuk ke dalamnya.


lubang cacing? tidak pernah wujud.


Human. In The God's Will. Don't Judge Too Hard. ada yang teringin sangat hendak masuk ke dalam dunia gosip. mereka mahu rasa natijah apabila mereka tersilap langkah. aku bukan kejam hendak menyebarkan semua gosip kepada umum. tidak sesekali.


aku bukan Firaun mahupun Abu Lahab yang kejam itu. aku hanya aku. mungkin aku boleh mengambil pengajaran pada entry-entry terdahulu. ya. aku mungkin terlampau berkasar dengan secara terang-terangan mengutuk blogger tersebut.


mungkin Gayah Gebu boleh menjadi mentor aku. kiasan adalah jawapan terbaik. siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. siapa yang terjatuh ke dalam lubang arnab dia yang terasa sakitnya.


jauhi lubang arnab. hati-hati semua. 

Thursday, 19 May 2011

4- berbagai-bagai ragam.

aku suka membaca segelintir blog seperti blog Cik Epal, Yuyu Zulaikha mahupun Aesya Zealous. mereka hebat. entry mereka mantap dan berguna. entry mantap itu tidak merujuk kepada entry ilmiah sahaja. entry mereka penuh dengan lawak dan gelak tawa.

Blogger-blogger seperti ini sesuatu yang diperlukan dalam dunia blog. bukannya blogger-blogger yang suka mengipas mahupun mengambil jalan mudah dengan melakukan tipu muslihat. 

ada blogger tanya aku, elok sangat ke bergossip ini? apa faedah untuk anda?

faedah untuk aku? aku rasa bukan faedah untuk aku sahaja. ni bukan blog gossip semata. ni blog saling peringat memperingati. asal pandang sahaja perkataan 'gossip' pasti dicanangkan kepada satu dunia bahawa bergosip itu perkara buruk.

harap maaf. aku masih tahu membezakan mengumpat dan menghina mahupun bergosip. jadi jangan fikir ini entry kutuk mengutuk ataupun maki hamun. entry maki hamun itu merupakan entry bodoh lagi tak berguna. orang yang suka maki hamun adalah orang yang tiada perasaan.

contohnya




aduh! jikalau dia sudah berang, habis segala tatabahasa dia rosakkan yang kalau dibaca oleh ahli Lembaga Dewan Bahasa & Pustaka pasti mereka pengsan. segala kata-kata kesat dibawa keluar.

memalukan. aku bukan menghina. aku cuma mengatakan perkara yang benar. adakah aku silap? tidak bukan? menjadi jujur, bukan sukar pun. macam mana dengan blogger yang baru naik? agak memalukan untuk mereka mengenali dunia blogging dengan kata-kata kesat.

tidak elok untuk otak. jadi betul bukan bahawasanya dalam dunia blogging ini, berbagai-bagai ragam kita boleh jumpa? ada yang elok. ada yang tidak elok. adakah anda-anda sekalian memasukkan aku dalam kategori yang tidak elok?

tidak mengapa. aku terbuka. dan jangan risau. aku tidak akan memaki hamun anda-anda sekalian. aku hanya menyebarkan berita mahupun gosip yang aku rasakan penting sahaja. jangan takut untuk berblogging.

selamat petang semua. hati-hati, jangan sampai tersungkur dalam lubang arnab.