Friday, 3 June 2011

5- gosip.

manusia. berbagai ragam. aku juga tidak terkecuali. ada yang baik. ada yang jahat. ada yang kejam. ada yang sadis. manusia suka bermuka-muka. 


pada mulanya mereka berkata dengan nada sinikal apabila aku meluahkan perasaan pada entry aku. aku tidak merasakan ianya luahan perasaan. aku rasa ianya metafora. aku cuma menulis perkara yang betul. tiada yang salah. mungkin 3- gosip dunia. mamat gay. entry yang agak keterlaluan. maaf.


tapi itu bukan  perkara pokoknya. apa yang penting di sini ialah sebuah kejujuran. identiti? itu tidak berapa penting sangat. sebab itu ianya dinamakan gosip. aku hanya mampu terhenggut-henggut ketawa apabila cepat sahaja blogger-blogger memberikan komentar mereka.


mereka tidak membaca entry-entry terdahulu. ada yang memberikan komentar pada entry 4- berbagai-bagai ragam.


typical. mencari trafik dengan menghentam blogger-blogger lain.


telah aku nyatakan dalam entry 2- blogger berlagak - ini entry memperingati dan entry gosip. aku bukan mencari trafik ataupun lubuk emas ataupun duit. mari kita saling memperingati semua. jangan panggil seseorang itu anjing jikalau diri sendiri pun tidak terjaga.


duit? jangan berhutang. 


hinaan? jangan sesekali.


tatabahasa? sila jaga.


lubang arnab? jangan masuk ke dalamnya.


lubang cacing? tidak pernah wujud.


Human. In The God's Will. Don't Judge Too Hard. ada yang teringin sangat hendak masuk ke dalam dunia gosip. mereka mahu rasa natijah apabila mereka tersilap langkah. aku bukan kejam hendak menyebarkan semua gosip kepada umum. tidak sesekali.


aku bukan Firaun mahupun Abu Lahab yang kejam itu. aku hanya aku. mungkin aku boleh mengambil pengajaran pada entry-entry terdahulu. ya. aku mungkin terlampau berkasar dengan secara terang-terangan mengutuk blogger tersebut.


mungkin Gayah Gebu boleh menjadi mentor aku. kiasan adalah jawapan terbaik. siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. siapa yang terjatuh ke dalam lubang arnab dia yang terasa sakitnya.


jauhi lubang arnab. hati-hati semua. 

No comments: